BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 12 Jun 2012

JODOH

Salam guys.

Hari ni, entry blog aku ni terpaksa lari skit tajuknya dari yg sepatutnya. hehe.

"JODOH"

Lari gila tajuk dari Muzik ke Jodoh. Nampak permainannya di situ??? hahaha. Ya, hari ni aku teringin nk bercerita tentang jodoh. Last aku bertemu jodoh, adalah dalam sekitar 4 tahun yg lepas. Biarlah aku terus terang je. Tkyh selindung sapa org nya. Haha. Okay, cintaku yg terakhir adalah terhadap insan yg bernama Fatin Nabilah Bt. Sa'ari (akan ku ingat nama penuhmu smpai bila2), lahir pada 28.03.1993. Kini sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Sabak Bernam. Kos Perlancongan. Beliau merupakan bekas anak didikku dari SMK Convent Klang. Nak lihat wajahnya??? TADDAAAA~~~~!!!





P/S: Gambar ni, sy "pinjam" dari blog rakan sebilik beliau di Poli sana, iaitu dari blog saudari Farhana Faudzi. (maaf ye) :)


Cantik, tk??? Bg aku cantiklah, tk taulh mata korg mcm mana plak. :)

Walau mcm mana cantik sekali pun, dia tetap bukan milikku. Pape pun, aku redha dengan ketentuan-NYA. :')

Semenjak kebelakangan ni, aku sering teringatkan dia. Bila lalu di taman hadapan Sek Convent Klang (tempat kami ber"dating", aku teringatkan dia. Bila terdengarkan lagu Romance-Ku Ingin Kamu (lagu yg dia bg pada aku), lagu ST12-Puspa (caller ringtone dia), lagu Ungu-Cinta Dalam Hati (lagu yg aku ingin tujukan pada dia), smua lagu2 ni, membuatkan aku teringatkan dia. Bila aku lalu di perhentian bas di mana aku temankan dia, aku teringatkan dia. Amat2 merindui dia. Aku tau, aku sukar utk menerima kenyataan, tetapi, aku sering berharap yg dia akan kembali pada aku. Tp, aku juga dapat merasakan yg semua tu, hanyalah sia2. Ku pernah cuba utk menghubunginya, namun tiada sebarang balasan. Mgkin nombor itu tidak lagi di guna pakai oleh si dia. Yg peliknya, nombor nya masih aktif. Mgkinkh no lamanya itu, di beri kepada keluarganya utk di pakai. Tp, kenapa perlu berdiam diri. Sekurang2nya, balaslah mesejku dgn mengatakan bahawa si dia tidak lagi menggunakan no tu. Tidaklah membuat aku tertunggu2. Selepas apa yg berlaku, hidup aku penuh dengan rasa berharap. Harap, harap, dan berharap. :")

Dalam masa yg sama, aku cuba juga untuk meneruskan hidup. Ingin cuba mencari pengganti, utk melupakanmu, namun masih belum ku temui. Umur semakin meningkat. Apa nk jadik??? Terkadang, rasa penat juga mencarik2, hasilnya, tarak. PENAT, LETIH. Sememangnya aku penat dgn smua ni. BOSAN. Pencarian yg tidak ada kesudahannya. SEDIH. T_T

Soal jodoh ni, rasanya smpai bila pun tkkn abis. Terkadang aku terasa seperti ingin menunggu sahaja seseorg akan dtg "melamar" aku. Tp, bila di fikir2kan balik, mampu ke aku nk rasa mcm tu??? Aku kacak tu, mmglh takde. Comel jelh asset yg aku ada. hahaha. Zaman skrg, rupa paras memainkan peranan jugak. It's Fairy tail, man. haha. Berangan tak sudahlah nk tunggu bende tu semua terjadi.

Rasanya, cukuplah kot cerita jodoh smpai di sini. Nk sambung lg, takut keluar plak air mata jantan aku ni. Mahal wooo nk kluarkan bende ni. Ingat senang ke??? hahaha. Oklah. Akan post lg entry yg lain dlm masa terdekat ni. Bye2 smua blogger. Have a nice day. Salam. :))

Kutitipkan di akhir post ini, nukilan & luahan hati yg aku lontarkan di FB pada Tanggal 17hb April lalu. Jalan cerita bagaimana dengan gigihnya, aku berusaha utk menjejakimu kembali. :")

Jutaan maaf diucapkan kpd seorg insan yg lahirnya pd 28.03.1993.
Dek kerana perasaan rindu yg teramat sgt menebalnya trhadap awk, sy telah mencuba utk mencari profile FB awk, namun, hasilnya amat mendukacitakan.
Mgkin telah di deactivate akaunnya.
Jd, sy meneruskan usaha pencarian dgn menulis nama awk di carian enjin Google.
Dan akhirnya, ia telah menemukan sy dgn sebuah blog milik rakan sebilik awk di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.
Di dalamnya, terisi dgn gambar2 awk.
Cukuplah kiranya sy melihat awk sihat sejahtera walaupun dgn hanya menatap gambar2 awk sahaja.
Dh hmpir 4 tahun semenjak kita berpisah.
Awk masih seperti dulu.
Alhamdulillah, mgkin hidup awak semakin bahagia.
Harapan sy, agar awk akan terus berbahagia di dlm kehidupan seharian awk.
Semoga berjaya dlm mencapai cita2.
Di dunia mahupun akhirat.
Maafkan sy di atas segala kesalahan2 yg telah dilakukan terhadap awk spnjg kita berkenalan selama ini.
Sesungguhnya, sy manusia yg tidak pernah trlepas dri melakukan salah dan silap.
Terima kasih di atas segala2nya, FATIN NABILAH SA'ARI. :")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan